Friday 3 September 2010

AIDILFITRI KEMBALI... :)

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, WALILLAHILHAMDU!!!!
Alhamdulillah...
Tinggallah Ramadan al-Mubarak, datanglah Syawal, kemeriahan hari raya terpancar di wajah-wajah muslimin muslimat seluruh Malaysia, lebih-lebih lagi buat semua warga KUSESS.
Maklumlah, cuti 2 minggu...
Bersempena dengan kehadiran Aildilfitri ini, rebutlah peluang untuk mengumpul pahala-pahala sunat pada bulan Syawal ini.

Antara yang boleh dilaksanakan ialah... :-
1)Bertakbir dari malam raya sehingga sebelum Solat sunat Aidilfitri.
2)Qiamullail pada malam raya kerana merupakan salah satu masa doa dimakbulkan.
3)Mandi sunat Ailfitri pada pagi hari raya.
4)Menjamah sedikit makanan sebelum pergi bersolat sunat hari raya.
5)Memakai pakaian baru dan cantik pada pagi raya.
6)Memakai bau-bauan yang wangi.
7)Solat sunat Aidilfitri.
8)Ziarah- menziarahi ahli keluarga, jejiran,sahabat handai, dll.
9)Bersedekah dengan memberikan duit raya.

Itulah antara amalan sunat yang boleh dilakukan pada Hari raya ini.So, buatlah...

p/s : Saya, Ustazah Sabibah dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahirdan batin... Tunggu post yang seterusnya ye.... :)