Friday 3 September 2010

AIDILFITRI KEMBALI... :)

ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, WALILLAHILHAMDU!!!!
Alhamdulillah...
Tinggallah Ramadan al-Mubarak, datanglah Syawal, kemeriahan hari raya terpancar di wajah-wajah muslimin muslimat seluruh Malaysia, lebih-lebih lagi buat semua warga KUSESS.
Maklumlah, cuti 2 minggu...
Bersempena dengan kehadiran Aildilfitri ini, rebutlah peluang untuk mengumpul pahala-pahala sunat pada bulan Syawal ini.

Antara yang boleh dilaksanakan ialah... :-
1)Bertakbir dari malam raya sehingga sebelum Solat sunat Aidilfitri.
2)Qiamullail pada malam raya kerana merupakan salah satu masa doa dimakbulkan.
3)Mandi sunat Ailfitri pada pagi hari raya.
4)Menjamah sedikit makanan sebelum pergi bersolat sunat hari raya.
5)Memakai pakaian baru dan cantik pada pagi raya.
6)Memakai bau-bauan yang wangi.
7)Solat sunat Aidilfitri.
8)Ziarah- menziarahi ahli keluarga, jejiran,sahabat handai, dll.
9)Bersedekah dengan memberikan duit raya.

Itulah antara amalan sunat yang boleh dilakukan pada Hari raya ini.So, buatlah...

p/s : Saya, Ustazah Sabibah dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahirdan batin... Tunggu post yang seterusnya ye.... :)

Wednesday 14 October 2009

Solat Hajat, sembelihan dan jamuan hari raya 2009

14 Oktober 2009 / Rabu:
Persekolahan bermula seperti biasa. Cuma bezanya hari ini aku , miedah dan aizan agak sibuk menguruskan persiapan untuk amali sembelihan yang akan diadakan esok hari.Semua pelajar ting. 4 teruja untuk melakukan amali sembelihan, jangan banyak yang menjadi bangkai "sudah". 100 ekor ayam telah ditempah daripada En. Halid PIBG. Katanya malam nanti ayam tu sampai ke KUSESS. Ustaz Khairi risau mengenai keselamatan ayam-ayam tu.Apa lagi ustaz, pasanglah khemah kat garaj bas tu, boleh tidur dengan ayam. Jangan pulak berpesta anjing-anjing kat KUSESS malam ni. Nak tau cerita seterusnya, tunggu esok.Insya Allah.